Aku dalam perjalanan pergi ke Ipoh nak menguruskan hal tanah..Kemudian singgah ke stesen petrol nak mengisi minyak kereta.
Semasa nak membayar harga petrol yang semakin meningkat ni, aku lihat trainee cashier tu orang Melayu..Nampaklah macam orang Melayu. Lelaki itu kurus badannya, bermuka cengkung, uban kelihatan di rambutnya. Mungkin dalam anggaran umur 40an. Mukanya kelihatan keliru dan terkial-kial melakukan kerja. Biasalah nama pun sudah trainee cashier..
Rakan sekerjanya seorang Bangladesh membantu dia memasukkan data ke dalam mesin wang..Kelihatan dia kurang cekap melakukan kerja. Sekali lagi rakan Bangladeshnya menunjuk ajar sekali lagi apa yang perlu dilakukan.
Ketika itu hatiku berasa sedikit sayu pada pak cik itu.. Dalam usia yang bukan semakin muda mengagahkan juga diri melakukan pekerjaan yang halal supaya dapur berasap.
Hati kecil ku bertambah terusik lantaran aku lihat orang kita pula yang diajar bekerja dan disuruh itu ini oleh orang Bangladesh..bukankah kita tuan rumah? Tuan rumah bukankah perlu ada harga diri dan kelihatan seperti bos serta tidak perlu diarah itu ini? Siapalah yang dapat menyangkal bahawa orang yang memonopoli kerja-kerja di stesen petrol di sekitar Kuala Lumpur ialah orang pendatang..orang Bangladesh..Terasa air muka sebagai tuan rumah seperti dipijak-pijak.
Tak mustahil satu hari nanti tuan rumah jadi kuli. Manakala kuli pula jadi tuan rumah. 'Tuan rumah' yang terpaksa terhegeh-hegeh meminta sesuap nasi daripada 'kulinya'. Siapa yang rajin belajar dan bekerja menguasai ekonomi dialah tuan rumah..Bukan sekadar tuan rumah kerana status sebagai penduduk asal..
No comments:
Post a Comment