Jika kau rasa kau dah rasa cukup stress dan kononnya dah alami banyak masalah contohnya:
- xde duit,
- xbahagia dengan suami/isteri,
- Suami/isteri dah macam xcaring kat kau,
- Suami/isteri selalu mengungkit-ungkit jasa dia kat kau,
- Keluarga ipar xsuka kat kau,
- Mak bapak kau dengan adik-adik kau dah buang kau,
- Kalau suami/isteri/orang yang kau sayang sangat-sangat tiba-tiba tinggalkan kau,
- Orang mengata kau xberanak, nape xkahwin lagi, kenapa tak itu,tak ini...
- dan segala macam jenis masalah tok nenek moyang lagi...etc...etc (haih...dah nama pun dunia, bila masa pulak xde masalah?)
![]() |
| Image courtesy from Google |
Kemudian kau nak buat apa??
Berhenti berfikir kejap. Cuba kau tanya balik diri kau, kau nak buat apa?
Ada tak kau terfikir nak tanya kenapa semua tu terjadi? sIapa atau apa yang buat semua perkara di atas terjadi?
Allah s.w.t...Allah s.w.t...Allah s.w.t
Ucapkanlah Alhamdulillah...Sentiasa ucap Allah, Allah, Allah. Bersyukurlah sekurang-kurangnya kau bukan OKU, masih boleh mencari rezeki, masih punya rumah dan harta...
Kau ingat amalan kau dah cukup baik atau bagus sangat sampai Allah xboleh nak usik kau sikit? Dia xde hak ke nak bagi kau ujian? Siapa kau di mata Allah? bukan siapa-siapa pun...
Kalau dah tahu susah, muhasabah diri balik...
Solat Kadang-kadang kau solat lewat waktu. Lagi bagus sangat sampai tinggal solat...dua waktu sekali kau tinggal...
Solat tu no. 1...Perlu didahulukan.
Dah la kau tak dahulukan BIG BOSS kau, pastu kau nak suruh dia bagi ganjaran/gaji awal pulak kat kau? ONLY IN IN YOUR DREAM!
Allah tu hamba ke, kau yang hamba?!
Pi semak balik hubungan kau dengan tuhan sebelum nak mengada-ngada nak mengeluh itu, ini. kalau dah tahu rezeki kau dah sempit nak mampus, pi keluar pi pasar malam tu sedekah duit banyak-banyak kat makcik, pakcik yang OKU jual tisu, peminta sedekah, orang masjid yang minta derma etc. xpun masa p shopping kt Aeon ke, atau masa pi tapau KFC ke, bukan ke ada tabung-tabung derma kat kaunter bayaran tu. masukkan je duit baki yang kau dapat lepas beli barang kat dalam tabung-tabung tu.
Toksah pening-pening kepala dan jangan pikir la dorang tipu ke x, tu antara Allah dengan si penipu. tahulah Allah nak buat apa kat penipu macam tu. Asalkan Allah xpernah tipu kau.
Janji tuhan tu sememangnya sangat benar dan betul. xde siapa boleh pertikaikan. Jadi kenapa kau nak takut bersedekah? Bukan rugi. Janji tuhan tu benar dan pasti. Jangan pernah buruk sangka dengan tuhan. Kau sedekah la apa-apa pun harta yang terbaik yang kau ada kepada orang lain.
Ajar (paksa je) diri kau untuk ikhlas, nanti kau akan dapat rezeki lagi banyak dari Allah. Rezeki xsemestinya dalam bentuk duit je. Mana tahu mungkin dengan sedekah kau, Allah akan tolong selesaikan masalah kau dalam cara yang kau TAK JANGKA.
Kadang-kadang orang asing tiba-tiba datang dalam hidup kau untuk tolong kau pun sebab Allah yang gerakkan hati dia untuk tolong kau. Buat apa nak berurusan dengan orang tengah. Baik kau berhubung terus dengan Allah. xde tol, xde bayaran. Percuma je, Asalkan kau dail talian Allah 24434 ON TIME!
Percayalah janji Allah kerana aku pernah mengalaminya dan selepas itu kau tidak akan teringin lagi memandang sekilas pun kepada manusia untuk memohon bantuan melainkan kepada Allah. Orang lain pun lagi banyak masalah. Daripada minta tolong pada hamba, lagi baik kau mintak tolong daripada Tuan punya hamba :-)

No comments:
Post a Comment