Sunday, 12 October 2014

Sesungguhnya Janji Engkau benar...



Jika kau rasa kau dah rasa cukup stress dan kononnya dah alami banyak masalah contohnya:


  • xde duit, 
  • xbahagia dengan suami/isteri, 
  • Suami/isteri dah macam xcaring kat kau, 
  • Suami/isteri selalu mengungkit-ungkit jasa dia kat kau, 
  • Keluarga ipar xsuka kat kau,
  • Mak bapak kau dengan adik-adik kau dah buang kau,
  • Kalau suami/isteri/orang yang kau sayang sangat-sangat tiba-tiba tinggalkan kau,
  • Orang mengata kau xberanak, nape xkahwin lagi, kenapa tak itu,tak ini...
  • dan segala macam jenis masalah tok nenek moyang lagi...etc...etc (haih...dah nama pun dunia, bila masa pulak xde masalah?)


Image courtesy from Google


Kemudian kau nak buat apa??

Berhenti berfikir kejap. Cuba kau tanya balik diri kau, kau nak buat apa?
Ada tak kau terfikir nak tanya kenapa semua tu terjadi? sIapa atau apa yang buat semua perkara di atas terjadi?

Allah s.w.t...Allah s.w.t...Allah s.w.t

Ucapkanlah Alhamdulillah...Sentiasa ucap Allah, Allah, Allah. Bersyukurlah sekurang-kurangnya kau bukan OKU, masih boleh mencari rezeki, masih punya rumah dan harta...

Kau ingat amalan kau dah cukup baik atau bagus sangat sampai Allah xboleh nak usik kau sikit? Dia xde hak ke nak bagi kau ujian? Siapa kau di mata Allah? bukan siapa-siapa pun...

Kalau dah tahu susah, muhasabah diri balik...
Solat Kadang-kadang kau solat lewat waktu. Lagi bagus sangat sampai tinggal solat...dua waktu sekali kau tinggal...
Solat tu no. 1...Perlu didahulukan.

Dah la kau tak dahulukan BIG BOSS kau, pastu kau nak suruh dia bagi ganjaran/gaji awal pulak kat kau? ONLY IN IN YOUR DREAM!

Allah tu hamba ke, kau yang hamba?!


Pi semak balik hubungan kau dengan tuhan sebelum nak mengada-ngada nak mengeluh itu, ini. kalau dah tahu rezeki kau dah sempit nak mampus, pi keluar pi pasar malam tu sedekah duit banyak-banyak kat makcik, pakcik yang OKU jual tisu, peminta sedekah, orang masjid yang minta derma etc. xpun masa p shopping kt Aeon ke, atau masa pi tapau KFC ke, bukan ke ada tabung-tabung derma kat kaunter bayaran tu. masukkan je duit baki yang kau dapat lepas beli barang kat dalam tabung-tabung tu.

Toksah pening-pening kepala dan jangan pikir la dorang tipu ke x, tu antara Allah dengan si penipu. tahulah Allah nak buat apa kat penipu macam tu. Asalkan Allah xpernah tipu kau.

Janji tuhan tu sememangnya sangat benar dan betul. xde siapa boleh pertikaikan. Jadi kenapa kau nak takut bersedekah? Bukan rugi. Janji tuhan tu benar dan pasti. Jangan pernah buruk sangka dengan tuhan. Kau sedekah la apa-apa pun harta yang terbaik yang kau ada kepada orang lain.

Ajar (paksa je) diri kau untuk ikhlas, nanti kau akan dapat rezeki lagi banyak dari Allah. Rezeki xsemestinya dalam bentuk duit je. Mana tahu mungkin dengan sedekah kau, Allah akan tolong selesaikan masalah kau dalam cara yang kau TAK JANGKA.

Kadang-kadang orang asing tiba-tiba datang dalam hidup kau untuk tolong kau pun sebab Allah yang gerakkan hati dia untuk tolong kau. Buat apa nak berurusan dengan orang tengah. Baik kau berhubung terus dengan Allah. xde tol, xde bayaran. Percuma je, Asalkan kau dail talian Allah 24434 ON TIME!

Percayalah janji Allah kerana aku pernah mengalaminya dan selepas itu kau tidak akan teringin lagi memandang sekilas pun kepada manusia untuk memohon bantuan melainkan kepada Allah. Orang lain pun lagi banyak masalah. Daripada minta tolong pada hamba, lagi baik kau mintak tolong daripada Tuan punya hamba :-)


Friday, 25 October 2013

Chill n relax la..

God won't give what you ask, but He will give what's the best for you...

If you think you are helpless, poor, feel useless, feel unimportant, feel hatred...then, think again...there are a lot of people who want to be in your shoes...wanna exchange their lives with you...

Why you wish to have something you are not ready for just because to be accepted or loved by other people? Do they?They just don't care...

Maybe what you like or love or fond with won't be a pleasant or be an adorable things for you, vice versa...

You are what you think...not usually what other's thinking...

They are simply just jealous with your happy, carefree lifestyle...don't bother about their word seriously. ..

Maybe God has other plan with your lives..a real good ones..

They just are not creative n not understanding enough with your feeling...just accept the fact their are dumb and know nothing of what you have been through...

They are really not strong, beautiful and wise enough compared to you..you know well how to handle your life...

If God are giving the same good opportunities and luck to all His mankind..all human will be Donald Trumph...Obama...etc...then who will be you?? Who will be the follower? Then there is no challenge in life...so boring...

Just smile and turn the other cheek, let them have it as the answer...

Relax...that's what God want you to do...chill dude...

You just haven't got only one important thing in your life...be grateful with other many, many and a lot of things God gives you-shelter...resort like apartment...kind and cute hubby who willing to support you and give you money...hehe...air...water...voluptuous body...beautiful face...a lot of delicious foods to eat...mummy n daddy...siblings...car...enjoyable career...it shoulds be MORE THAN ENOUGH MAN!!

You just cry and cry over small things that other people will feel blessed if they don't or never get it...

You are more and more lucky enough not to have a damn serious acne problem...hair problem...skin problem...stress problem...facing war or murderer, being kidnapped, raped...tortured...cancer, heart attack, diabetes and other killing diseases...bla...bla...bla...and yuo just cry for a small unimportant matter...

Happy weekend everyone :-D




Tuesday, 1 October 2013

4 types of different person

Tuan rumah vs orang luar

Aku dalam perjalanan pergi ke Ipoh nak menguruskan hal tanah..Kemudian singgah ke stesen petrol nak mengisi minyak kereta.

Semasa nak membayar harga petrol yang semakin meningkat ni, aku lihat trainee cashier  tu orang Melayu..Nampaklah macam orang Melayu. Lelaki itu kurus badannya, bermuka cengkung, uban kelihatan di rambutnya. Mungkin dalam anggaran umur 40an. Mukanya kelihatan keliru dan terkial-kial melakukan kerja. Biasalah nama pun sudah trainee cashier..

Rakan sekerjanya seorang Bangladesh membantu dia memasukkan data ke dalam mesin wang..Kelihatan dia kurang cekap melakukan kerja. Sekali lagi rakan Bangladeshnya menunjuk ajar sekali lagi apa yang perlu dilakukan.

Ketika itu hatiku berasa sedikit sayu pada pak cik itu.. Dalam usia yang bukan semakin muda mengagahkan juga diri melakukan pekerjaan yang halal supaya dapur berasap.

Hati kecil ku bertambah terusik lantaran aku lihat orang kita pula yang diajar bekerja dan disuruh itu ini oleh orang Bangladesh..bukankah kita tuan rumah? Tuan rumah bukankah perlu ada harga diri dan kelihatan seperti bos serta tidak perlu diarah itu ini? Siapalah yang dapat menyangkal bahawa orang yang memonopoli kerja-kerja di stesen petrol di sekitar Kuala Lumpur ialah orang pendatang..orang Bangladesh..Terasa air muka sebagai tuan rumah seperti dipijak-pijak.

Tak mustahil satu hari nanti tuan rumah jadi kuli. Manakala kuli pula jadi tuan rumah. 'Tuan rumah' yang terpaksa terhegeh-hegeh meminta sesuap nasi daripada 'kulinya'. Siapa yang rajin belajar dan bekerja menguasai ekonomi dialah tuan rumah..Bukan sekadar tuan rumah kerana status sebagai penduduk asal..